Tiga sertai uji pandu Nissan di Malaysia

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Dua pempengaruh media sosial bersama kakitangan perhubungan awam dan komunikasi Nissan, Julia, telah berlepas ke Malaysia, hari ini, bagi uji pandu Nissan Terra, Nissan Navara dan Nissan X-Trail dalam acara #GoAnywhere.

Mereka akan menguji pandu kebolehan kereta tersebut dengan jelajah dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tiga model Nissan berkenaan, layari media-media sosial Nissan Brunei yang akan dikongsikan oleh kakitangan yang mewakili Nissan dan pempengaruh media sosial yang akan berkongsi pengalaman uji pandu berkenaan.

Dua pempengaruh media sosial bersama Julia.