Tiga syarikat kerjasama majukan 5G, penyelesaian pintar

KUALA LUMPUR, 9 JULAI – Sunway Bhd, Celcom Axiata Bhd dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bekerjasama untuk memajukan penyelesaian perbandaran pintar, merangkumi Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dengan jaringan generasi kelima (5G).

Cadangan kerjasama itu akan menyaksikan pembangunan penyelesaian pintar dalam bidang keselamatan awam, telekesihatan, e-pembelajaran, hospitaliti, riadah dan pengalaman runcit menggunakan teknologi telekomunikasi yang terkini.

Presiden Kumpulan Sunway Datuk Chew Chee Kin berkata kumpulan membayangkan Sunway City Kuala Lumpur menjadi model bandar raya lestari pintar Malaysia, tempat untuk didiami, bekerja, bermain, belajar dalam persekitaran selamat, sihat dan dihubungkan dengan Internet. – Bernama