Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tiga tamat Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    TEMBURONG, 27 MEI – Tiga kakitangan dari Teratak Mumin Family Foundation (Teratak MFF) telah berjaya menamatkan Kursus Marsyal Bomba selama tiga hari bermula 24 Mei lalu yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi G, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang diadakan di Teratak MFF, di sini.

    Menurut kenyataan JBP, hari ini, para peserta kursus telah melakukan ujian ART sebelum menjalani kursus tersebut sebagai langkah keselamatan dan juga mengamalkan penjarakan sosial serta sentiasa mengutamakan pemakaian pelitup muka.

    Sepanjang kursus itu, para peserta didedahkan mengenai kepentingan keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal tentang sebab dan punca-punca kebakaran, tindakan apabila berdepan insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat pengosongan bangunan secara bersistematik, tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam bangunan bila berlakunya kebakaran serta mengadakan lawatan ke Balai Bomba Rataie bagi mengenali perkakas dan peralatan bomba.

    JBP juga menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Mencegah Kebakaran, Life Saver 995 dan Kursus Marsyal Bomba bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Para peserta Kursus Marsyal Bomba semasa sesi bergambar selepas menamatkan kursus tersebut.
    Peserta kursus semasa diberi tunjuk ajar cara mengendalikan hos semasa lawatan ke Balai Bomba Rataie bagi mengenali perkakas dan peralatan bomba.
    Para peserta semasa menjalankan latihan mengenai tatacara menyelamatkan diri serta pengosongan bangunan secara bersistematik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...