Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tiga tentera udara Filipina maut dalam kemalangan kereta

    MANILA, 18 FEB – Tiga anggota tentera udara Filipina maut selepas kereta mereka melanggar pengadang konkrit dan terbakar awal hari ini, pada kejadian di lebuh raya utama di Metro Manila.

    Angkatan Tentera Udara Filipina mengatakan empat askar berada dalam kereta itu ketika kemalangan berlaku sejurus jam 3 pagi waktu tempatan. Kemalangan membabitkan empat orang kakitangan tentera udara. Tiga disahkan mati, menurut kenyataan itu.

    Pemandu terselamat dalam kemalangan itu dan dirawat di sebuah hospital di ibu negara.

    “Tiada butiran lanjut mengenai punca kemalangan itu,” menurut kenyataan itu, menambah angkatan tentera udara sedang menyiasat insiden itu. Pihak berkuasa lalu lintas mengatakan keempat-empat mereka baru saja menghadiri sebuah parti dan menuju ke selatan ke ibu pejabat mereka ketika kemalangan berlaku. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...