Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Tiga terbunuh, 19 cedera serangan di bar

    KANO, 20 APRIL – Satu bahan letupan meletup di sebuah bar di negeri Taraba, timur laut Nigeria semalam menyebabkan tiga individu terbunuh, manakala 19 orang lagi cedera, kata polis kepada AFP.

    Letupan berlaku di bar yang menjadi lokasi tumpuan penjualan minuman keras seludup, berhampiran ladang ternakan lembu di kampung Iware, di luar ibu negeri Jalingo.

    “Kami mengesahkan tiga orang terbunuh dan 19 cedera parah dalam letupan itu.

    “Bahan letupan itu ditanam oleh orang yang belum dikenal pasti, bagaimanapun siasatan sedang dijalankan,” beritahu jurucakap polis negeri Taraba, Usman Abdullahi kepada AFP.

    Walaupun penduduk mendakwa geng bersenjata yang mencetuskan serangan itu, Abdullahi berkata terlalu awal untuk menuduh mana-mana pihak, sebelum siasatan menyeluruh dijalankan. Pada Januari lalu, geng bersenjata secara rasminya diisytiharkan sebagai pengganas dan mereka mengekalkan kem di sebuah hutan luas yang melingkari negeri Zamfara, Katsina, Kaduna dan Niger. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...