Tiga terbunuh dalam serangan di bandar Chabahar

TEHRAN, 6 Dis – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan di bandar Chabahar di timur Iran pagi hari ini, lapor agensi berita IRNA.

Pengganas menyasarkan sebuah balai polis di Chabahar dengan menggunakan kereta yang penuh dengan bahan letupan, kata gabenor bandar Chabahar. Kereta itu cuba memasuki balai polis, namun ia dihentikan oleh pengawal keselamatan dan penyerang bunuh diri itu meletupkan kereta di pintu gerbang stesen itu, kata Rahmdel Bameri. – Xinhua