Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga terbunuh kren tumbang di Turin

    ROM, 19 DIS – Tiga pekerja terbunuh selepas kren yang dinaiki mereka tumbang ke atas jalan dan mencederakan orang yang lalu lalang di Turin hari ini, lapor media Itali.

    Gambar di akaun Twitter rasmi perkhidmatan bomba menunjukkan kren biru yang besar tumbang merentasi jalan antara dua bangunan enam tingkat.

    Laporan itu menyatakan dua individu iaitu seorang yang berada di jalan dan seorang di dalam kereta cedera dalam kemalangan itu.

    “Jika tragedi ini berlaku semalam, mungkin lebih ramai yang maut kerana terdapat barisan orang di pejabat pos di sini dan dalam lingkungan beberapa meter, terletaknya perhentian bas,” kata seorang pekerja pembinaan, yang dipetik agensi berita ANSA. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda