Tiga terbunuh pesawat kecil nahas di Slovakia

BRATISLAVA, 27 OGOS – Kira-kira tiga orang terbunuh ketika sebuah pesawat kecil yang mereka naiki terhempas berhampiran perkampungan Mokry Haj di barat Slovakia hari ini, menurut perkhidmatan kecemasan.

Pesawat kecil untuk empat penumpang itu didaftarkan di negara jiran, Republik Czech dan terbang dari sana ketika terhempas pada 0840 GMT berhampiran sempadan Czech.

“Tiga orang ditemui oleh anggota bomba dan penyelamat,” kata jurucakap perkhidmatan penyelamat, Lena Kostalova, kepada AFP.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Slovakia, Bratislava.

“Selepas nahas itu, pesawat tersebut terbakar. Kemalangan itu mengorbankan tiga jiwa dan mereka mungkin kru dari Republik Czech”, kata pasukan polis daerah di Facebook. – AFP