Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Tiga terkorban, 11 cedera dalam insiden tembakan Philadelphia

    WASHINGTON, 5 JUN – Seramai tiga orang terbunuh dan 11 lagi cedera selepas beberapa penembak melepaskan tembakan ke arah orang ramai di sebuah jalan terkenal Philadelphia, menurut kenyataan pihak polis kelmarin.

    Inspektor Polis D. F. Pace memberitahu media tempatan bahawa dua lelaki dan seorang wanita telah terbunuh dalam insiden berkenaan.

    “Awda boleh bayangkan terdapat beratus-ratus individu berjalan-jalan di South Street apabila tembakan itu berlaku,” kata Pace.

    Beliau menambah lagi bahawa pegawai telah melepaskan tembakan ke arah salah seorang penembak, walaupun tidak jelas sama ada suspek terkena tembakan ataupun tidak.

    Sementara itu, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini menurut laporan media tempatan.

    Pace turut berkata dua pucuk pistol ditemui di tempat kejadian dan polis perlu menunggu sehingga pagi bagi memeriksa rakaman pengawasan CCTV daripada perniagaan berhampiran yang ditutup kelmarin.

    Pace menyifatkan penyiasatan tersebut sebagai sesuatu yang belum kukuh dan menambah bahawa terdapat banyak soalan yang masih belum dapat dijawab. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...