Tiga troli barang luput tarikh dirampas

Penolong Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Labuan Noramira Tinggal menunjukkan salah satu barang makanan yang didapati telah melepasi tarikh luput namun masih dipamerkan untuk dijual ketika pemeriksaan dalam Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Penjualan barangan makanan sempena Perayaan Hari Natal dan Tahun Baharu di salah sebuah pasaraya kelmarin. – Bernama

LABUAN, 20 DIS – Serbuan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan mendapati banyak kedai termasuk pasar raya besar di sini masih lagi menjual barang makanan yang luput tarikh dan barangan di dalam tin atau kotak yang sudah kemek.  (Klik di sini untuk cerita lanjut)