Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tiga wakil negara berlepas ke Kemboja

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Tiga lagi ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam untuk Sukan SEA ke-32 telah berlepas ke Kemboja pagi tadi bagi menyertai temasya sukan yang akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei.

    Ahli kontinjen tersebut terdiri daripada Assistant Chef de Mission, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim; Pegawai Urus Setia, Awang Johari bin Haji Bakar dan Pegawai Perubatan, Dr Essam bin Mohamed Shaaban.

    Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) di KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Pada temasya sukan kali ini, akan menyaksikan 37 acara sukan dipertandingkan, dan dari jumlah tersebut, Negara Brunei Darussalam akan menyertai 12 acara sukan yang berbeza.

    Antaranya termasuk akuatik, renang, olahraga, badminton, biliard dan snooker, e-sukan, lawan pedang, karate, lumba berhalangan, pencak silat, petanque, angkat berat dan wusyu.

    Kontinjen negara secara keseluruhan terdiri daripada 100 orang merangkumi 65 atlet dan 35 pegawai. Para pegawai tersebut termasuk chef de mission, penolong chef de mission, ketua urus setia, pegawai urus setia, pegawai perhubungan, pengurus pasukan, jurulatih, doktor, fisioterapi dan pegawai perubatan.

    Kumpulan seterusnya akan bertolak ke Phnom Penh, Kemboja pada esok pagi dan akan melibatkan chef de mission, pegawai urus setia, pegawai perubatan serta para atlet dan pengurus acara sukan seperti biliard dan snooker, akuatik, pencak silat, petanque, e-sukan, karate dan olahraga.

    Pengiran Mohammad Amirrizal, Dayang Umi Kalthum, Awang Johari dan Dr Essam bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...