Tiga wanita mati dihimpit dalam rempuhan

COLOMBO, 22 MEI – Tiga wanita dihimpit hingga mati semasa kejadian rempuhan untuk pemberian wang AS$8 di Colombo semalam, di tengah keadaan terdesak di kalangan penduduk Sri Lanka yang bergelut untuk mencukupkan belanja semasa lockdown koronavirus yang telah melumpuh ekonomi negara.

Kira-kira 1,000 orang beratur di luar gudang ahli perniagaan untuk pemberian tahunan beliau semasa bulan berpuasa Ramadan, kata ahli parlimen tempatan Mujibur Rahman.

Berlakunya rempuhan untuk mendapatkan wang bernilai 1,500 rupee, bersamaan dengan gaji harian seorang pekerja buruh, apabila pagar dibuka.

“Beberapa orang cuba memintas barisan dan masuk,” beritahu Rahman kepada AFP.

“Masa itulah wanita di barisan hadapan terjatuh dan dihimpit hingga mati.”

Sembilan orang lain mengalami kecederaan parah dalam kejadian rempuhan dan dibawa ke hospital, kata beliau, menambah terdapat lebih ramai orang pada acara tahun ini, yang telah diadakan selama beberapa dekad.

“Penduduk tidak memperoleh wang gaji selama dua bulan disebabkan lockdown sejak 20 Mac,” kata Rahman. – AFP