Tiga warga asing dipenjara atas kesalahan imigresen
Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tiga orang warganegara Indonesia yang mengaku bersalah kerana melanggar undang-undang imigresen Negara Brunei Darussalam. Sumiati, 52, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan kerana tinggal lebih masa di negara ini selama 2,511 hari setelah pas lawatannya berakhir.































