Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Tiga warga asing ditahan langgar Akta Imigresen

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 27 JULAI – Tiga lelaki warga asing telah ditahan dalam Operasi Tumpas yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Daerah Belait yang menumpukan projek penambahan rumah persendirian di Mukim Belait.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, seorang daripada lelaki berkenaan dipercayai melanggar Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh.

    Sementara itu, dua yang lain dipercayai melanggar Peraturan 15 (2) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu mana-mana pekerja asing yang bekerja di negara ini hendaklah bekerja mengikut majikan asal.

    Ketiga-tiga lelaki berkenaan telah dibawa ke pejabat bahagian berkenaan di Kuala Belait bagi siasatan dan tindakan lanjut.

    Manakala itu, majikan yang terlibat juga telah diarahkan untuk hadir ke bahagian berkenaan.

    Salah seorang warga asing yang ditahan. -Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...