Thursday, December 7, 2023
31.5 C
Brunei

    -

    Tiga warga asing ditahan, lebih 100kg dadah dirampas di Kemboja

    PHNOM PENH, 12 NOV – Polis antidadah Kemboja telah berjaya menahan sekumpulan tiga warga asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah haram, dengan merampas lebih 100kg bahan dadah, kata Jabatan Anti Dadah (ADP) kelmarin.

    Dua lelaki warga Thailand, Wasin Saekue, 24 dan Saeli Chinnawat, 18, serta lelaki dari Laos, Cheng Veut, 35, ditahan pada Khamis lalu ketika serbuan di sebuah rumah di daerah Prek Pnov di ibu negara Phnom Penh selepas siasatan selama beberapa bulan.

    “Sebanyak 101 kilogram metamfetamin kristal telah dirampas daripada ketiga-tiganya semasa operasi tersebut,” kata ADP dalam satu kenyataan.

    Meskipun negara Asia Tenggara itu tidak mempunyai hukuman mati bagi pengedar dadah namun di bawah undang-undang negara itu, seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 80 gram dadah terlarang boleh dipenjara seumur hidup.

    Menurut ADP, Kemboja berjaya menahan 16,668 suspek berkaitan dadah, termasuk 396 warga asing, dari bulan Januari hingga Oktober 2023, dengan jumlah dadah yang dirampas sebanyak 2.72 tan. Kebanyakan dadah yang dirampas ialah heroin, ekstasi, ketamin, kokain, kristal metamfetamin, pil metamfetamin dan katinon. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...