Tiga warga emas terima sumbangan kerusi roda

Oleh Ampuan Irma Susanti

TEMBURONG, 20 JULAI – Tiga orang warga emas yang terpilih di Daerah Temburong telah menerima sumbangan berupa kerusi roda daripada Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) menerusi Program Kepimpinan Jati Diri ke-7 yang diadakan di Daerah Temburong tahun ini.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah pengetua SR YSHHB selaku ketua rombo- ngan, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

Acara berlangsung di ruang Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong dan dihadiri oleh kira-kira 30 orang guru SR YSHHB.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, penghulu Mukim Bokok di daerah tersebut.

Sumbangan merupakan hasil derma yang dikumpulkan daripada ibu bapa pelajar dan guru-guru Tahun 4 sempena program tersebut.

Program itu bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dan sebagai aktiviti kerohanian para pelajar yang menyertai program tersebut dalam mengajarkan amalan bersedekah untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Hajah Mariam menyerahkan sumbangan kepada salah seorang warga emas.
Salah seorang warga emas ketika menerima sumbangan kerusi roda sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Haji Emran.