RAMALLAH, WILAYAH PALESTIN, 30 JUN – Tiga warga Israel dan puluhan penduduk Palestin cedera dalam pertempuran semalaman selepas militan melepaskan tembakan ke arah kumpulan Yahudi yang menuju ke tapak suci di Tebing Barat, kata tentera hari ini.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata ia merawat 64 penduduk Palestin yang cedera, kebanyakannya cedera akibat terhidu gas pemedih mata.
Tentera Israel ‘mengiring kemasukan ratusan kumpulan penganut ke makam Yusuf di bandar Nablus. Semasa kejadian itu, tembakan disasarkan ke arah kumpulan itu oleh lelaki bersenjata Palestin’, katanya dalam satu kenyataan.
Dua penganut dan seorang komander tentera Briged Shomron cedera, menurut kenyataan tersebut. – AFP