Tiger, Thomas berdepan McIlroy, Rose perlawanan amal

MIAMI, 27 OGOS – Tiger Woods dan Justin Thomas akan bermain menentang Rory McIlroy dan Justin Rose dalam perlawanan format Piala Ryder 18 lubang bulan depan di antara bekas pemain-pemain nombor satu dunia, Woods mengumumkan kelmarin.

Piala Payne’s Valley – kejohanan 18 lubang di padang Big Cedar Lodge yang dinamakan sempena mendiang Payne Stewart di Ridgedale, Missouri – akan diadakan pada 22 September.

Tarikh tersebut adalah tiga hari sebelum Piala Ryder akan dilangsungkan di antara pasukan Eropah dan Amerika Syarikat di Whistling Straits di Wisconsin dan sama seperti perlawanan amal yang turut akan dilangsungkan secara berpasangan, pukulan berganti-ganti dan format perseorangan.

“Payne’s Valley merupakan padang golf awam pertama yang saya reka. Saya sangat berbangga bagaimana ia telah terjadi,” kata Woods. “Saya gembira bahawa ia akan dilangsungkan semasa Piala Payne’s Valley”.

Stewart, dari wilayah Ozarks di mana acara akan dimainkan, meninggal dunia pada 1999 selepas memenangi Terbuka AS. Hasil kejohanan akan disumbangkan kepada yayasan keluarganya.

Piala Payne’s Valley menandakan pembukaan besar-besaran padang golf tersebut. – AFP