Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tiger Woods nekad juarai PGA

    TULSA, AMERIKA SYARIKAT, 19 MEI – Tiger Woods yang meneruskan kemunculan semulanya selepas 15 bulan mengalami kecederaan parah di kaki, berkata beliau mampu memenangi Kejohanan PGA minggu ini jika beliau boleh menahan tekanan berjalan sejauh 72 lubang.

    Pemenang utama 15 kali itu membuat kemunculan semula dengan menduduki tempat ke-47 pada Masters bulan lalu dan berdepan ujian lain minggu ini di Southern Hills, tempat yang sama beliau memenangi gelaran PGA 15 tahun lalu. Woods yang mengalami kecederaan dalam kemalangan kereta pada Februari 2021, tidak mempunyai stamina untuk menamatkan saingan dengan baik di Augusta.

    Beliau dimasukkan ke hospital selama berminggu-minggu dan tidak dapat berjalan selama berbulan-bulan serta kaki kanannya diikat dengan rod besi, pin dan skru.

    Walau bagaimanapun, pemenang utama empat kali, Rory McIlroy memberi amaran supaya tidak mengabaikan Woods dan menganggap pemain itu masih berbahaya.

    Woods memburu gelaran PGA AS yang ke-83 dalam kariernya untuk memecahkan rekod sepanjang masa yang dikongsinya bersama Sam Snead dan kejuaraan major ke-16, menyaingi dua daripada 18 rekod yang dimenangi oleh Jack Nicklaus. Latihan berjam-jam yang dilakukan beliau ketika berusia 20an dahulu kini menjadi kenangan pada usia 46 tahun, walaupun memiliki pusat latihan di belakang rumahnya. – AFP

    Aksi Tiger Woods menyaksikan pukulannya semasa pusingan latihan sebelum permulaan Kejohanan PGA 2022 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...