Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiger Woods sedia akhiri kemarau

    ST. LOUIS, 3 Ogos – Tiger Woods berkata dia menghasilkan peningkatan yang mencukupi selepas pembedahan sepina untuk menamatkan kemarau kemenangan lima tahun menjelang kejohanan akhir musim ini, Kejohanan PGA ke-100.

    Woods, juara utama 14 kali, akan memulakan pukulan minggu depan di Bellerive selepas mendahului seketika pada Terbuka British di Carnoustie bulan lalu.

    Bekas pemain nombor satu dunia itu meningkatkan rankingnya dari 1,200 pada Disember lalu kepada 50.

    “Saya hanya berharap untuk dapat beraksi dalam jelajah sehingga sekarang saya merasakan saya pasti menang sekali lagi,” kata Woods.

    Woods membuat pukulan pada Kejohanan Golf Dunia Jemputan Bridgestone di Akron, Ohio pada 1 Ogos lalu. – AFP

    “Dalam tempoh setahun untuk berada pada kedudukan ke-50 adalah satu pencapaian yang cukup bagus. Pada awal tahun, jika mereka berkata anda beraksi dalam Kejohanan Terbuka, saya akan berkata saya bernasib baik untuk melakukannya.”

    Woods, yang belum memenangi sebarang gelaran sejak Terbuka Amerika Syarikat pada 2008, bergelut dengan kesakitan belakang dalam tempoh dua tahun tetapi menyedari kema-hirannya kembali.

    Dia berkongsi tempat kedua di Kejohanan Valspar pada Mac lalu dan pada Jun lalu berkongsi tempat keempat di National selepas pusingan terakhir terbaiknya dalam tempoh enam tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda