Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Tiger Woods tersenarai dalam Forbes

    MIAMI, 13 JUN – Tiger Woods, juara utama golf sebanyak 15 kali, menyertai Michael Jordan dan Lebron James sebagai atlet dengan jumlah pendapatan bersih sebanyak AS$1 billion, menurut laporan yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, baru-baru ini.

    Woods, kembali beraksi ketika dia berusia 46 tahun selepas mengalami kecederaan teruk pada kakinya akibat kemalangan yang berlaku pada Februari tahun lalu, memperoleh kekayaan bernilai AS$1.7 bilion dari hadiah wang, endorsan dan perjanjian dalam perniagaan selama 27 tahun dalam kerjayanya, menurut laporan Forbes.

    Bahagian pengemaskinian pendapatan mengatakan bahawa kekayaan yang dimilikinya adalah yang terbanyak daripada atlet-atlet lain yang dikesan oleh majalah tersebut setakat ini, kurang dari 10 peratus nilai hasil Woods adalah datang daripada kemenangannya.

    Sementara itu, Jordan, menjuarai enam perlawanan NBA pada tahun 1990an bersama Chicago Bulls, adalah atlet sukan pertama yang meraih pencapaian itu, dengan memiliki endorsan dan produk Jumpman logo yang ditetapkan adalah barangan standard untuk para atlet.

    Selain itu, pemain perancang Los Angeles Lakers, James LeBron, juara NBA empat kali dan MVP NBA empat kali, mencecah pendapatan sebanyak AS$1 bilion hanya pada minggu lalu, menurut majalah tersebut, yang mengatakan bahawa pemain tersebut menjana pendapatan kasar sebanyak AS$121.1 juta pada tahun lalu.

    Woods, yang memperoleh 82 kemenangan Jelajah PGA AS dalam kerjayanya menyamai dengan rekod sepanjang masa milik Sam Snead, menamatkan penantian selama 14 bulan untuk beraksi di kejohanan Masters pada April lalu, mara dalam usaha berjalan kaki di padang golf di Hilly Augusta adalah satu pencapaian yang besar. – AFP

    Gambar fail menunjukkan aksi Tiger Woods membuat pukulan semasa perlawanan pusingan pertama dalam PGA AS yang berlangsung di Southern Hills, Tulsa, Oklahoma, 7 Jun 2022. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...