Tiger Woods tidak beraksi di kejohanan RBC Heritage

HILTON HEAD ISLAND, S.C, 15 JUN – Kejohanan RBC Heritage minggu depan merangkumi 114 pemain yang telah pernah menang dalam Jelajah PGA, merupakan kejohanan yang paling banyak didaftarkan sejak jelajah itu mula ditubuhkan pada tahun 2000.

Walau bagaimanapun, Tiger Woods tidak akan menyertai kejohanan itu.

Untuk minggu kedua berturut-turut, pemain kedudukan lima teratas dunia akan bertanding ketika golf menyambung semula jadual kejohanannya sejak penutupannya akibat pandemik COVID-19 yang bermula pada bulan Mac lalu.

Kejohanan Charles Schwab Challenge di Colonial adalah acara pertama yang bakal kembali, dengan protokol ketat yang merangkumi ujian COVID-19 yang wajib untuk pemain, pengadil dan kakitangan penting ketika mereka tiba. Setelah menjalani ujian, kesemua keputusan dari 487 ujian adalah negatif.

Rory McIlroy, pemain nombor satu dunia, akan berada di Hilton Head untuk pertama kalinya sejak 2009. Brooks Koepka juga akan beraksi untuk pertama kalinya.

Jatuh dari 10 anak tangga dari 10 teratas dunia untuk minggu kedua berturut-turut ialah Patrick Cantlay, Adam Scott dan Tommy Fleetwood, yang masih berada di luar negara.

Woods hanya pernah turun beraksi di Hilton Head sekali, pada tahun 1999.

Namun mereka menjangkakan dia mungkin akan kembali ke Hilton Head, kerana dia belum lagi membuat sebarang penampilan hingga Hari Memorial pada 16 hingga 19 Julai. – AP

Tiger Woods ketika berucap pada sidang media menjelang permulaan kejuaraan golf Terbuka Britain di Royal Portrush di Ireland Utara yang lalu. – AP