Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin

    Sepasang suami isteri Indonesia menjadi tajuk berita selepas pengantin lelaki menyampaikan tiket yang diidamkan untuk konsert kumpulan rock British Coldplay yang akan datang sebagai mas kahwin di majlis perkahwinan mereka.

    Video yang merakamkan detik itu dikongsi di Twitter pada Ahad oleh rhfndtaaa, yang menulis tweet bahawa ‘abangnya berkahwin dengan hadiah mas kahwin tiket Coldplay’.

    Dalam klip pendek itu, pengantin lelaki boleh dilihat memegang tangan bapa pengantin perempuan ketika dia berkata, “Saya mengahwinkan anak perempuan saya Anastasya Ayu Widiadana dengan mas kahwin 21g emas, satu set pakaian sembahyang dan tiket konsert Coldplay.”

    Pengantin lelaki kemudian menjawab bahawa dia menerima perkahwinan itu.

    Klip itu kemudiannya dikongsi oleh @idwantscoldplay, akaun peminat Coldplay di Instagram, dan ia menjadi tular di media sosial.

    Pengantin perempuan itu juga berkongsi beberapa berita yang meliputi mas kahwin uniknya di laman Instagram miliknya. Coldplay akan mengadakan konsert pertamanya di Indonesia pada 15 November di Stadium Utama Gelora Bung Karno Jakarta – sebagai sebahagian daripada pusingan Asia Jelajah Dunia Music Of The Spheres mereka. – Agensi

    Mas kahwin itu terdiri daripada 21g emas, satu set pakaian solat dan tiket konsert Coldplay. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...