Tikhanovskaya selamat di Lithuania

VILNIUS, 11 OGOS – Calon presiden pembangkang Belarus, Svetlana Tikhanovskaya berada di Lithuania, kata menteri luar negeri hari ini, berikutan pertempuran kedua di negara bekas republik Soviet setelah pilihan raya yang dipertikaikan.

“Dia tiba di Lithuania dan selamat,” kata Menteri Luar Negeri Linas Linkevicius kepada AFP. Menteri itu tidak memberikan keterangan lebih lanjut.

Anggota EU dan NATO Lithuania, yang juga pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet, mempunyai sejarah memberi perlindungan kepada tokoh-tokoh pembangkang Belarus dan Rusia.

Tikhanovskaya, seorang ahli politik baharu yang telah menuntut kemenangan dalam pemilihan presiden kelmarin menentang Presiden Alexander Lukashenko, tidak diketahui keberadaannya semalam. – AFP