TikTok cecah lebih 1 bilion pengguna

NEW YORK, 28 SEPT – TikTok berkata semalam ia kini mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna aktif, empat tahun selepas aplikasi perkongsian video popular itu dilancarkan oleh kumpulan China ByteDance.

Telah pun popular sebelum pandemik koronavirus – terutamanya di-sebabkan koreografi lagu pop yang tular – TikTok menerima rangsangan besar di tengah sekatan, penutupan sekolah dan penggunaan perkhidmatan dalam talian. Platform video itu telah memperoleh lebih daripada 300 juta pengguna sejak Julai 2020, kali terakhir syarikat melaporkan jumlah pengguna.

Pada mulanya dibangunkan berdasarkan prinsip video 15 saat, platform itu telah menambah had masa kepada tiga minit pada awal Julai untuk menarik lebih ramai penonton dan bersaing dengan YouTube. Subsidiari Google melancarkan YouTube Shorts, digunakan di lebih 100 negara pada pertengahan Julai, untuk bersaing dengan TikTok dalam segmen format pendek.

Subsidiari ByteDance, firma sama di China yang bergelar Douyin, masih berada di belakang YouTube, yang mempunyai 2.3 juta pengguna aktif sebulan pada 2020. TikTok kini menimbang mengaut keuntungan daripada aliran penggunaan platform, sesuatu yang sukar dilakukan pada awal. – AFP