TikTok hentikan operasi di Hong Kong

SAN FRANCISCO, 7 JULAI – TikTok berkata lewat semalam ia akan menghentikan aplikasi perkongsian video popular daripada beroperasi di Hong Kong disebabkan ‘perkembangan terbaharu yang berlaku.’

Tindakan oleh TikTok, dimiliki oleh ByteDance, diambil tatkala Facebook, Google dan Twitter menangguhkan satu permintaan oleh kerajaan Hong Kong atau polis untuk maklumat mengenai pengguna, berikutan pelaksanaan undang-undang keselamatan baharu.

“Berdasarkan peristiwa terbaharu yang berlaku, kami memutuskan untuk menghentikan operasi aplikasi TikTok di Hong Kong,” beritahu TikTok kepada AFP.

TikTok telah menafi berkongsi sebarang data pengguna dengan pihak berkuasa di China, dan bertekad ia tidak akan memberikan persetujuan kepada permintaan sedemikian.

Syarikat itu menjangka mengambil beberapa hari untuk menutup operasi aplikasi di Hong Kong.

TikTok telah menjadi sensasi global dengan pengguna berkongsi klip video 15 hingga 60 saat mengenai segala-galanya daripada tutorial warna rambut kepada rutin tarian dan lawak mengenai kehidupan harian. – AFP