Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Untuk memberi peluang kepada masyarakat awam memperoleh ilmu pengetahuan asas, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat akan meneruskan lagi Program Khidmat Akademik secara percuma pada 9 Januari depan.
Kali ini, program yang juga memberi peluang kepada tenaga akademik UNISSA untuk menjalankan tanggungjawab sosial di samping beroleh pengalaman menerusi khidmat akademik yang disampaikan itu, diadakan dengan kerjasama Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam.
Program yang bermula pada pukul 8:30 pagi hingga 10 pagi itu akan dilaksanakan melalui platform dalam talian dengan tajuk kuliah bagi sesi ini ialah ‘Perkongsian Memahami Ta’awudz dan Basmalah (siri 2)’ yang akan disampaikan oleh Pensyarah di Fakulti Usuluddin, UNISSA, Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar.
Orang ramai yang ingin mengikuti program berkenaan bolehlah melayari pautan https://zoom.us/j/99690632475 dengan kata laluan UNISSA.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program berkenaan, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204 atau 202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn dan menghantar e-mel ke C4L@unissa.edu.bn.