Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timbalan Guaido ditahan di Venezuela

    CARACAS, 9 Mei – Ejen-ejen perisikan Venezuela kelmarin menangkap seorang pemimpin kanan Majlis Kebangsaan yang didominasi oleh pembangkang, dalam tindakan terbaharu terhadap anggota parlimen yang bergabung dengan pemberontakan yang gagal menentang Presiden Nicolas Maduro bulan lalu.

    Edgar Zambrano adalah timbalan kepada pengerusi Majlis Kebangsaan Juan Guaido, yang diiktiraf sebagai pemimpin negara oleh lebih daripada 50 negara, dan yang menganjurkan pemberontakan pada 30 April lalu.

    “Kami memberi amaran kepada rakyat Venezuela dan komuniti antarabangsa: rejim itu telah menculik naib presiden pertama Majlis Nasional, kata Guaido, yang mengetuai badan itu dan telah berjuang menentang Maduro sejak mengisytiharkan dirinya bertindak sebagai presiden pada Januari lalu.

    “Mereka cuba memusnahkan kuasa yang mewakili semua warga Venezuela, tetapi mereka tidak akan mencapainya,” kata Guaido.

    Amerika Syarikat dan beberapa negara Amerika Latin mengkritik penangkapan Zambrano.

    Timbalan Presiden Venezuela Carlos Prosperi (tengah) bercakap kepada akhbar di luar ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik selepas Edgar Zambrano ditangkap oleh Ejen Perisikan Kebangsaan Bolivarian (SEBIN) di Caracas, pada 8 Mei 2019. – AFP

    Di Twitter mengenai kedutaan yang sekarang ditutup di Caracas, Washington menggelar tindakan itu sebagai ‘tidak sah dan tidak boleh dimaafkan.’

    Ia memberi amaran ‘akibat’ jika dia tidak dibebaskan dengan segera.

    Awal hari ini Presiden AS Donald Trump, yang mana negaranya adalah yang pertama menyokong Guaido berkata dia ‘membincangkan penyalahgunaan yang dahsyat oleh Maduro.’

    Trump tidak menyebut Zambrano tetapi berkata AS akan berdiri bersama rakyat Venezuela.

    Bersama AS, Argentina, Colombia, Chile dan Peru turut membantah penangkapan berkenaan.

    Secara berasingan, Mahkamah Agung Venezuela mendakwa tiga lagi penggubal undang-undang yang menyokong pemberontakan Guaido dan melancarkan pertempuran dua hari antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan.

    Peguam Negara Tarek William Saab mengatakan pertempuran itu menyebabkan enam orang terkorban.

    Ketiga-tiga penggubal undang-undang iaitu Freddy Superlano, Sergio Vergara dan Juan Andres Mejia dituduh sebagai pengkhianat dan merancang konspirasi.

    Ini membawa kepada 10 bilangan ahli parlimen pembangkang yang didakwa menyokong Guaido, berikutan pengumuman mahkamah pada hari Selasa bahawa tujuh orang lagi akan didakwa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda