TOKYO, 17 MAC – Timbalan ketua Jawatankuasa Olimpik Jepun, Kozo Tashima, hari ini berkata, dia telah diuji positif koronavirus (COVID-19), menimbulkan keraguan yang semakin meningkat sama ada Tokyo selamat untuk menjadi tuan rumah Sukan Musim Panas itu.
“Hari ini, hasil ujian saya menunjukkan positif COVID-19,” kata Tashima dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Persatuan Bolasepak Jepun, di mana dia juga selaku sebagai ketua.
Tashima berkata beliau sedang dalam perjalanan tujuan perniagaan sejak 28 Februari lalu, menuju ke Belfast untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa.
Pada 2 Mac, beliau melawat Amsterdam untuk mesyuarat UEFA untuk memberikan pembentangan mengenai bidaan Jepun untuk Piala Dunia Wanita 2023.
Pada 3 Mac, beliau menghadiri mesyuarat umum UEFA.
“Di Amsterdam dan di Eropah pada awal bulan Mac, tahap kebimbangan terhadap COVID-19 tidak sama seperti sekarang. Semua orang masih melakukan pelukan, jabat tangan dan kontak,” katanya dalam kenyataan itu.
Dia kemudian pergi ke Amerika Syarikat untuk menonton pasukan wanita Jepun untuk Piala Dunia wanita, sebelum pulang pada 8 Mac. – AFP
