Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, hari ini, telah meneruskan siri lawatannya ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB).
Dalam lawatan tersebut, Dato Seri Paduka Haji Abdul Mokti berkesempatan membuat tinjauan ke kelas-kelas Pra U1 sambil beramah mesra dengan pelajar-pelajar. SMALHB mempunyai seramai 326 orang pelajar Pra U1.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)