Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Timbalan PM Nepal dipecat kerana kerakyatan

KATHMANDU, 27 JAN – Mahkamah tertinggi Nepal hari ini membatalkan jawatan Rabi Lamichhane sebagai timbalan perdana menteri kerana gagal mendapatkan semula kewarganegaraan di republik Himalaya itu.

Lamichhane, 48, terkenal dengan kerjayanya sebagai pengacara televisyen, menjadikan namanya sebagai pejuang anti rasuah melalui temu bual agresif dengan pegawai awam.

Beliau adalah antara pemenang terbesar dalam pilihan raya November lalu, memastikan parti baharunya mendapat tempat dalam gabungan pemerintah dan dirinya sebagai timbalan perdana menteri.

Tetapi jurucakap Mahkamah Agung Bimal Poudel memberitahu AFP bahawa Lamichhane tidak layak untuk mengekalkan jawatannya selepas tidak mengikut proses yang sewajarnya apabila dia menukar kewarganegaraannya pada 2018. – AFP

Rabi Lamichhane (kanan), Timbalan Perdana Menteri ketika mengangkat sumpah setelah dilantik pada 26 Disember 2022. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -