Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timberwolves tewaskan Wizards

    NEW YORK, 14 JAN – Anthony Edwards menjaringkan 20 daripada 41 mata pada suku keempat ketika Minnesota Timberwolves menundukkan Washington Wizards 120-106, kelmarin.

    Persembahan hambar, termasuk 13 turnover pada separuh masa pertama, menyaksikan Timberwolves ketinggalan seketika dalam tempoh ketiga sebelum mendahului 82-79 pada pusingan akhir.

    Bagaimanapun, mereka mengumpulkan jaringan 20-7 untuk mengawal permainan.

    Perlawanan penting bagi Edwards berlangsung selepas beberapa jam NBA mendendanya AS$50,000 kerana membuat ‘reaksi yang dilarang terhadap pegawai permainan’ dalam kekalahan Timberwolves kepada Memphis Grizzlies Sabtu lalu.

    Ia adalah kali kelima musim ini bagi pemain berusia 23 tahun itu didenda oleh liga, yang kini telah mengenakannya AS$285,000 untuk pelanggaran tersebut.

    Pada November lalu, dia telah didenda AS$35,000 kerana reaksi tidak senonohnya terhadap penyokong di Sacramento.

    Kemudian Disember lalu dia turut dikenakan tiga denda – AS$25,000 kerana memaki semasa wawancara media, AS$75,000 kerana menggunakan bahasa yang tidak senonoh dan mengkritik pegawai permainan, dan AS$100,000 kerana mengutuk semasa wawancara televisyen selepas permainan.

    Edwards, yang memenangi emas Olimpik bersama pasukan bola keranjang Amerika Syarikat di Paris tahun lalu, mencatat purata 25.4 mata, 5.7 rebound dan 4.2 assist setiap perlawanan musim ini.

    Dia menandatangani lanjutan lima tahun bagi kontrak 2023 bernilai AS$244.6 juta di mana dia akan menerima bayaran AS$42.2 juta musim ini. – AFP

    Aksi pemain penyerang Wizards, Alexandre Sarr melakukan jaringan mata semasa perlawanan bola keranjang NBA pada 13 Januari, di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda