Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Timor Leste adakan pilihan raya presiden Sabtu ini

    DILI, 17 MAC – Timor Leste akan mengadakan pilihan raya presiden Sabtu ini, dengan pemenang akan berdepan ekonomi dilumpuhkan COVID dan siklon serta kebuntuan politik. 

    Sekitar 860,000 pengundi berdaftar akan memilih ketua negara baharu di negara termuda Asia Tenggara itu.

    Terdapat 16 calon yang tampil termasuklah pemimpin semasa Francisco Lu-Olo Gutterres dan juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Jose Ramos-Horta serta bekas paderi Katolik, Martino Germano da Silva Gusmao. 

    Meskipun jawatan presiden hanyalah jawatan istiadat di pulau kecil 1.3 juta populasi itu, cerdik pandai melihatnya sebagai satu peluang untuk mengembalikan semula keseimbangan politik yang pada masa ini buntu antara dua parti utama. 

    “Kita perlu menggerakkan semula jentera pentadbiran selepas kelumpuhan yang mengakibatkan krisis ekonomi apabila undian bajet tidak diluluskan bertahun-tahun,” kata Christine Cabasset, pakar mengenai Timor Leste dan timbalan pengarah di Institut Penyelidikan Kontemporari Asia Tenggara berpusat di Bangkok. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...