Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timor Leste, Australia rangka draf perjanjian maritim

    THE HAGUE, 15 Okt – Australia dan Timor Timur telah merangka satu draf perjanjian untuk menetapkan sempadan maritim mereka, bertujuan menamatkan perbalahan berhubung padang minyak dan gas yang menguntungkan.

    “Timor Leste dan Australia telah mencapai perjanjian mengenai teks draf perjanjian yang lengkap” dalam rundingan sulit di The Hague sejak seminggu lalu, kata Mahkamah Penimbang Tara Tetap dalam satu kenyataan.

    Ia “mengehadkan sempadan maritim di antara mereka di Laut Timor dan mengatasi status sah padang gas Greater Sunrise,” tambah tribunal.

    Tanpa memberikan sebarang butir-butir, mahkamah mengalu-alukan draf perjanjian yang dibincangkan dengan panjang dan lebar selepas satu perjanjian dicapai pada Ogos sebagai “jalan ke arah pembangunan sumber, dan berkongsi pendapatan.”

    Kedua-dua negara telah bertelagah selama satu dekad berhubung Pengaturan Maritim Tertentu di Laut Timor (CMATS) di antara mereka, yang membentuk pendapatan masa depan daripada sumpanan minyak dan gas di kawasan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda