Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Timor Leste lanjutkan pilihan raya presiden

    DILI, TIMOR LESTE, 27 MAC – Timor Leste akan melanjutkan pilihan raya presiden selepas pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Jose Ramos-Horta gagal mendapatkan lebih 50 peratus undian meskipun mendahului rakan seperjuangan kemerdekaan, presiden ketika ini, Francisco ‘Lu Olo’ Guterres.

    Ramos-Horta meraih 46.6 peratus undian pada pilihan raya minggu lalu dan Guterres meraih 22.1 peratus, menurut perkiraan yang diumumkan hari ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan.

    Pelanjutan pertandingan pilihan raya dijadualkan pada 19 April, dan calon yang menang akan memegang jawatan pada 20 Mei, iaitu ulang tahun kemerdekaan Timor Leste daripada Indonesia yang ke-20.

    Ramos-Horta, presiden Timor Leste dari 2007 hingga 2012, dan Guterres saling menuduh mencetuskan punca kepada kelumpuhan politik sejak bertahun-tahun. Presiden bertanggungjawab untuk menubuhkan kerajaan dan membubarkan parlimen. Pada 2018, Guterres enggan mengangkat sumpah sembilan calon kabinet dari Kongres Kebangsaan Pembinaan Semula Timor Leste (CNRT), parti yang dipimpin oleh bekas perdana menteri dan ketua kemerdekaan, Xanana Gusmao, yang menyokong Ramos-Horta menjadi presiden.

    Guterres adalah dari Revolutionary Front for an Independent East Timor, atau dikenali sebagai Fretilin, yang mengetuai penentangan terhadap pemerintahan Indonesia. Fretilin berkata bahawa Ramos-Horta tidak sesuai untuk menjadi presiden, menuduh beliau menyebabkan krisis ketika menjadi perdana menteri pada 2006, apabila puluhan terbunuh ketika permusuhan politik bertukar menjadi konflik terbuka di jalanan di Dili.

    Kebuntuan terkini menyebabkan perdana menteri, Taur Matan Ruak meletak jawatan pada Februari 2020. Tetapi beliau bersetuju untuk kekal sehingga kerajaan baharu ditubuhkan dan menyelia kempen membendung koronavirus dengan dana AS$250 juta. – AP

    Francisco ‘Lu Olo’ Guterres menunjukkan jarinya yang ditandakan selepas membuang undi di pusat mengundi di Dili. Timor Leste akan melanjutkan pilihan raya presiden selepas Ramos-Horta gagal mendapatkan lebih 50 peratus undi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...