Timor Leste rancang untuk memulakan semula rundingan sempadan dengan Australia

CANBERRA, Australia, 9 Jan – Timor Leste bercadang merundingkan saham lebih besar kekayaan minyak dan gas di dasar laut antara negara Asia Tenggara miskin itu dengan Australia dengan memulakan semula rundingan berhubung sempadan maritim.

Timor Leste dan Australia berkata dalam kenyataan bersama hari ini bahawa rancangan negara kecil pulau separuh itu untuk memberikan makluman tiga bulan kepada jirannya yang kaya itu bahawa perjanjian dua hala berhubung perkongsian minyak dan gas Laut Timor akan dimansuhkan. Perjanjian 2006 itu juga menangguhkan rundingan berhubung sempadan maritim selama 50 tahun.

Dengan beralih semula kepada perjanjian 2002, Timor Leste bercadang memulai semula rundingan dan berharap dapat memujuk Australia untuk menerima pertengahan sempadan antara kedua-dua negara itu, menurut Damien Kingsbury, pakar Asia Tenggara dari Universiti Deakin.

Australia telah lama menegaskan sempadan itu seharusnya dilanjutkan melewati pentas benua besarnya dan lebih dekat dengan pesisir Timor Leste , tetapi telah gagal mencapai perjanjian berhubung perkara itu dengan Timor Leste atau dengan Indonesia yang mengawal wilayah itu sebelum Timor Leste mengundi bagi kemerdekaan pada tahun 1999.

Sebaliknya, Australia telah berkongsi kekayaan tenaga di dasar laut yang dipertikaikan dalam kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Pembangunan Petroleum Bersama.

Timor Leste pada masa ini mengutip 90 peratus royalti dari kawasan yang dimasukkan ke dalam dana kebangsaan.

Kingsbury berkata Timor Leste akan meraih 100 peratus royalti itu apabila padang minyak dan gas di Laut Timor mengering dalam tempoh dekad akan datang.

Australia mengesahkan komitmennya untuk merundingkan sempadan maritim dan berkata dalam kenyataan bersama bahawa ia mengiktiraf hak Timor Leste untuk memansuhkan perjanjian 2006.

Duta Timor Leste ke Australia, Abel Guterres berkata dia menjangkakan Australia menerima undang-undang antarabangsa dalam menentukan di mana seharusnya kedudukan sempadan itu. – AP