Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Timor Leste sudah sedia sertai ASEAN

    JAKARTA, 14 JULAI – Timor Leste telah memaklumkan kepada Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) bahawa negara tersebut komited, dan sudah bersedia, untuk menjadi anggota ASEAN.

    Menurut Sekretariat ASEAN, negara itu mengulangi pendiriannya semasa misi mencari fakta ASCC ke Dili pada 6 hingga 8 Julai bagi melihat sendiri keadaan sebenar di lapangan berkenaan isu berkaitan sosiobudaya.

    Dalam satu kenyataan di laman sesawangnya, Sekretariat itu memaklumkan misi itu diketuai Jawatankuasa Pegawai Kanan ASCC (SOCA), yang dipengerusikan Dr Dy Khamboly dari Kemboja.

    “Dengan selesainya misi itu, Laporan Penilaian ASCC akan disediakan untuk pertimbangan SOCA dan penyerahan seterusnya kepada Majlis Penyelarasan ASEAN,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...