Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Timor Leste undi presiden baharu

    DILI, TIMOR LESTE, 19 APRIL – Penduduk di seluruh Timor Leste keluar membuang undi hari ini untuk memilih sama ada penerima anugerah Nobel atau bekas pejuang gerila, penjawat presiden pada masa ini, sebagai pemimpin mereka seterusnya.

    Calon yang disebut-sebut akan menang, Jose Ramos-Horta telah berjanji untuk memecahkan kebuntuan berpanjangan antara dua parti politik utama di negara Asia Tenggara paling muda itu jika dia menang pilihan raya itu menentang Presiden Francisco ‘Lu-Olo’ Guterres.

    “Jika saya menang, saya akan me-ngadakan dialog bersama parti-parti politik, termasuk Fretilin (Guterres), supaya dapat bekerjasama untuk mengekalkan kestabilan dan keamanan di Timor Leste,” penerima anugerah Nobel itu memberitahu pemberita hari ini, menunjukkan jari berwarna ungu selepas membuang undinya.

    Sementara itu, bekas pemimpin gerila, Guterres berjanji “untuk memastikan kestabilan negara dan untuk berpegang pada misi sebagai presiden republik, yang tidak dapat dipisahkan daripada konstitusi,” pada stesen undi di ibu negara Dili.

    Kedua-dua calon telah berikrar untuk menghormati keputusan pilihan raya walau apa pun keputusannya.

    Undian itu adalah persaingan semula bagi pilihan raya 2007 yang dimenangi mudah oleh Ramos-Horta, bekas wira revolusi.

    Hampir 860,000 daripada 1.3 juta penduduk Timor Leste layak untuk mengundi, dan kiraan kertas undian akan mengambil masa beberapa hari.

    Ramos-Horta mendominasi dalam pusingan pertama pilihan raya pada 19 Mac, memenangi 46 peratus undi berbanding 22 peratus undi yang diraih Presiden President Francisco ‘Lu-Olo’ Guterres, tetapi gagal menjamin majoriti yang diperlukan. – AFP

    Penduduk berbaris untuk membuang undi semasa pusingan kedua pilihan raya presiden di DIli, Timor Leste, kelmarin. AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...