JAKARTA, 14 OGOS – Satu kejadian gempa bawah laut berlaku di timur Indonesia hari ini, namun tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan teruk.
Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa berukuran 5.7 magnitud berlaku kira-kira 158 kilometer dari perkampungan Laikit di wilayah Utara Sulawesi. Ia berkata gempa berpusat kira-kira 30 kilometer di bawah laut.
Agensi Metrologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, mencatatkan ukuran gempa 5.9 magnitud dengan kedalaman 10 kilometer, dan menambah temblor itu besar kemungkinan tidak akan mencetuskan tsunami.
Indonesia, sebuah negara kepulauan yang mempunyai 270 juta penduduk, sering dilanda gempa, letusan gunung berapi dan tsnami kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.
Pada Februari, gempa berukuran 6.2 magnitud membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan lebih 460 lainnya di wilayah Barat Sumatera.
Pada Februari tahun lalu, kejadian gempa serupa turut mengorbankan lebih 100 orang dan hampir 6,500 orang cedera di wilayah Barat Sulawesi. – AP