Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tindakan atasi isu bekalan air

    KOTA KINABALU, 23 MEI – Kerajaan Sabah menggariskan beberapa tindakan penyelesaian jangka panjang lebih teratur bagi mengatasi isu bekalan air bersih seterusnya usaha memenuhi kapasiti permintaan air yang semakin tinggi setiap hari di seluruh negeri.

    Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, ia juga sebagai komitmen untuk menangani isu utama dihadapi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) seperti kejadian paip bocor, paip usang, kecurian air dan kualiti sumber air mentah yang semakin merosot.

    Beliau berkata, tindakan penyelesaian jangka panjang itu antara lain melibatkan perancangan dan pembinaan projek Kajian Kemungkinan dan Konsep Reka Bentuk Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III yang kini sedang di peringkat kajian konsep.

    “Bagi Tawau, dua projek baharu diluluskan dalam Pelan Pusingan Ketiga melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah iaitu Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 dan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sistem Bekalan Air Balung dan sekitarnya,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) pada persidangan DUN Sabah hari ini.

    Mohd Shafie ingin tahu apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah bekalan air di Sabah yang semakin teruk dan berleluasa lebih-lebih lagi ketika musim cuaca panas serta kering berpanjangan pada masa kini.

    Mengulas lanjut, Shahelmey berkata JANS juga akan menyenaraikan cadangan pemindahan muka sauk LRA Segaliud, Sandakan ke Sungai Meliau atau Sungai Kinabatangan sebagai potensi sumber air mentah baharu.

    Katanya, cadangan itu akan turut melibatkan kajian dan reka bentuk terperinci bagi menaik taraf loji air sedia ada serta pembinaan sistem saluran paip air mentah dari sumber air mentah baharu ke Empangan Betotan, Segaliud, Sandakan. – Bernama

    Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...