Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tindakan iklim tidak akan ditangguhkan – PBB

    PARIS, 6 JUN – Perunding dari hampir 200 negara bertemu di Jerman kelmarin bagi rundingan iklim yang dihasratkan untuk menghidupkan semula momentum menangani krisis pemanasan global, ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine membayangi ancaman berbanding pelepasan gas rumah hijau.

    Persidangan tersebut akan menyediakan pentas bagi pusingan baharu rundingan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhir tahun ini di Mesir.

    Ia juga akan menjadi peluang bagi menguji keazaman negara yang menghadapi pelbagai krisis, termasuk kesan iklim yang kian meningkat, ketegangan geopolitik, pertumpahan darah di Ukraine serta ancaman krisis makanan global yang dahsyat.

    Ketua perubahan iklim PBB yang akan bersara, Patricia Espinosa menyeru agar perpa-duan antarabangsa diperkukuhkan dan memberitahu perwakilan bahawa ‘tidak boleh diterima untuk mengatakan bahawa kita sedang berdepan dengan situasi yang mencabar’.

    Kerajaan dunia telah pun menerima bahawa perubahan iklim adalah suatu ancaman besar kepada manusia dan bumi ini, serta telah menganjurkan tindakan segera untuk mengurangkan pelepasan bahan api fosil dan bersedia bagi kesan pemanasan global yang semakin pantas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...