LUCKNOW – Di sebuah wilayah yang dikenali dengan penduduk yang paling ramai di India telah kehabisan sumber daging.
Selepas sahaja parti sayap kanan Hindu, Parti Bharatiya Janata mula berkuasa di Uttar Pradesh pada bulan yang lalu setelah berjaya meraih kemenangan pilihan raya yang membanggakan dan dinamakan sebagai tokoh Hindu yang sangat berpengaruh. Setelah parti itu berkuasa, pihak kerajaan mula menyiasat pusat-pusat penyembelihan secara haram dan juga kedai-kedai penjual daging.
Ketua Menteri yang baru, Yogi Adityanath adalah penyokong kuat undang-undang untuk melindungi lembu dan menteri itu sangat dihormati oleh penganut Hindu yang taat dan tokoh itu sangat kuat untuk menentang penggunaan daging lembu kepada kegunaan umum. Penyembelihan lembu dan penggunaan daging lembu adalah dilarang bagi kebanyakan penganut Hindu. Penyembelihan haiwan ini dihalang oleh undang-undang di kebanyakan negeri-negeri di India termasuk Uttar Pradesh.
“Semua operasi haram yang menjalankan operasi pusat penyembelihan harus berakhir,” kata Adityanath baru-baru ini di satu perhimpunan di kampung halamannya di Gorakhpur di mana beliau juga adalah tokoh dan individu yang tertinggi dalam aktiviti keagamaan Hindu di kawasan perkampungan itu. Menteri itu turut memegang perintah keagamaan yang berpangkalan di Timur Uttar Pradesh. “Majoriti pusat penyembelihan dan kedai daging beroperasi tanpa lesen dan kelulusan daripada pihak kerajaan. Saya selaku tokoh yang mencintai haiwan termasuk kerbau, aktiviti penyembelihan di mana-mana pusat penyembelihan harus dihentikan,” tambah Adityanath lagi sewaktu perkumpulan itu diadakan.
Protes
Setakat ini, tidak ada sebarang laporan mengenai mana-mana operasi pusat penyembelihan telah menutup perusahaan mereka dan tidak menjual daging lembu namun perusahaan hanya menjual daging kerbau biasa yang mana telah dibenarkan oleh pihak kerajaan.Sebagaimana usaha pihak kerajaan untuk menutup pusat penyembelihan dan kedai-kedai daging yang beroperasi tanpa lesen atau kertas kerja, dianggarkan berpuluh-puluh penjual daging di seluruh negeri itu telah ditutup. Situasi itu telah menyebabkan banyak protes dan apa yang penting, menambah kepada kekurangan daging terutama di kawasan Uttar Pradesh.
Uttar Pradesh mempunyai penduduk seramai 204 juta dan merupakan sebuah negeri India yang banyak mengeluarkan produk-produk daging dan sehingga ke hari ini, sebanyak 41 buah pusat penyembelihan diberikan lesen oleh pihak kerajaan.
Namun masih banyak lagi beberapa operasi menjalankan kegiatan mereka secara haram dan telah merasuah pelbagai pihak berkuasa tempatan. Pihak kerajaan Uttar Pradesh telah mendapat sekitar 110 bilion rupee iaitu sekitar AS$1.7 juta setahun daripada sumber industri itu.
“Kami sebenarnya tahu bahawa ia merupakan sebuah industri pusingan modal untuk kerajaan namun parti itu telah berjanji kepada penyokong-penyokongnya dalam kempen pilihan raya untuk menutup mana-mana operasi pusat penyembelihan secara haram dan juga kedai-kedai daging,” kata Vijay Bahadur Pathak, setiausaha agung parti Bharatiya Janata kepada wartawan AP. “Wang atau tidak wang, kita akan memenuhi janji suara kami,” tambah Vijay lagi kepada media.
Seorang pemilik kedai daging, Aquil Ahmad di Lucknow berkata walaupun beliau mempunyai lesen untuk berniaga daging namun beliau telah mengambil keputusan untuk menutup kedainya bagi menyokong sokongan yang telah dikemukakan oleh menteri baru itu. Sementara itu, ramai pemilik kedai daging sedang berjuang untuk mendapatkan kertas kerja yang diperlukan bagi mendapatkan lesen perniagaan daging.
Pegawai Quereshi Mahasabha, Niaz Quereshi, persatuan penjual daging telah mengatakan tindakan pihak kerajaan itu sesuatu yang tidak wajar.

Beliau berkata bahawa pegawai-pegawai kerajaan telah mengganggu individu yang cuba untuk mendapatkan lesen dan telah meminta rasuah daripada mereka. “Kami telah dihantar dari satu meja kepada satu meja yang lain dan dari satu bilik kepada satu bilik yang lain oleh kerani yang bertugas. Mereka telah mengganggu kami,” tambah Niaz kepada wartawan AP.
Hilang dari pasaran
Daging telah hilang daripada pasaran dan banyak restoran telah dipaksa untuk ditutup atau menukar menu-menu mereka. Tundey Kababi, sebuah institusi kebab yang berusia 105 tahun di Lucknow yang terkenal dengan menu makanan daging kerbau yang halus dan wangi terpaksa menarik beberapa menu terlaris dalam menu makanan mereka. “Kami tidak mendapat bekalan yang mencukupi untuk daging kerbau kerana tindakan keras ke atas pusat penyembelihan dan kami terpaksa menjual kebab yang diperbuat daripada ayam dan juga kambing. Pelanggan kami tidak berpuas hati namun kami tidak mempunyai pilihan lain,” kata pemilik Tundey Kababi, Raees Ahmad kepada wartawan AP.
Tindakan keras itu turut dikenakan di kawasan karnivor zoo di wilayah itu. Zoo di Lucknow dan bandar jiran Kanpur telah menghantar mesej segera kepada pihak kerajaan negeri dan mengatakan bahawa singa mereka tidak berminat untuk makan daging kambing. “Sekarang kami cuba memberi makan singa kami dengan daging kambing namun haiwan itu tidak makan dengan kenyang,” kata Dr Nasim Zaidi,, seorang doktor haiwan di sebuah rumah sakit haiwan di kawasan itu.
Pihak kerajaan telah menerima aduan yang sama daripada taman singa safari di Etawah yang mana merupakan rumah kepada tiga ekor singa dewasa dan dua ekor anaknya. “Pada mulanya, singa diberi makan kambing dan daging ayam tetapi saya diberitahu bahawa mereka tidak menikmatinya dengan baik. Satu perancangan telah dibuat untuk membawa daging kerbau dari wilayah yang lain untuk memasuki Uttar Pradesh untuk haiwan-haiwan ini,” kata Dara Singh Chauhan, Menteri Perhutanan di Uttar Pradesh kepada wartawan mengakhiri temu ramah. – AP