Tindakan Liverpool dikecam

LONDON, 5 APRIL – Bekas pemain mengecam tindakan Liverpool untuk membenarkan kakitangan bercuti ketika pandemik koronavirus kelmarin dengan bintang-bintang Liga Perdana Inggeris memberi amaran kerugian sebanyak £200 juta dalam tabung kerajaan jika 30 peratus pemotongan gaji diperkenalkan.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris berkata mereka akan membantu memberi sumbangan kepada orang awam yang tersedia dari pihak kerajaan untuk memastikan kakitangan yang bercuti mendapat gaji penuh.

Ia mengikut langkah Newcastle, Tottenham, Bournemouth dan Norwich yang mengambil kesempatan terhadap skim tersebut, yang mana majikan boleh membuat tuntutan sebanyak 80 peratus dari gaji pekerja yang dibenarkan bercuti. Tetapi bekas pemain Liverpool, Jaime Carragher dan Stan Collymore dengan tegas mengkritik tindakan yang dibuat oleh juara Eropah tersebut, yang mana Februari lalu mengumumkan keuntungan selepas cukai sebanyak £42 juta untuk 2018/2019.

“(Pengurus) Jurgen Klopp menunjukkan belas kasihan sejak permulaan pandemik, pasukan utama turut terlibat secara langsung dalam pemain @premierleague membuat pemotongan gaji. Kemudian kesemua rasa hormat dan persangka baik telah hilang, kasihan @LFC,” tweet Carragher.

Collymore lebih berterus terang, menerusi Twitter dia berkata: “Saya tidak tahu mana-mana penyokong Liverpool mempertahankan tindakan bahawa tidak ada yang lebih menjijikkan dari membenarkan kakitangan daripada bercuti.”

Bekas pemain mengecam tindakan Liverpool untuk membenarkan kakitangan bercuti dengan mengambil kesempatan ke atas skim yang ditawarkan oleh kerajaan Britain. – AP

Liverpool berkata kakitangan akan mendapat 100 peratus gaji mereka untuk memastikan tiada satu pihak akan mengalami kerugian kewangan.

Dalam kenyataan dari kelab berkata: “Sebelum keputusan untuk membenarkan kakitangan untuk bercuti, terdapat komitmen sebulat suara dari pihak atasan kelab – dari dalam dan luar padang – dengan kesemua yang bekerja ke arah penyelesaian untuk ketetapan pekerjaan bagi pekerja kelab semasa krisis yang tidak pernah berlaku ini.”

Sementara itu Kesatuan Bolasepak Profesional memberi amaran £200 juta kerugian bagi tabung kerajaan Britain jika 30 peratus pemotongan gaji diperkenalkan kepada pemain.

“Kesemua pemain Liga Perdana Inggeris mahu, dan akan, memainkan peranan dalam membuat sumbangan kewangan dalam waktu yang tidak pernah berlaku seperti ini,” kata PFA dalam kenyataan selepas perjumpaan dengan Liga Perdana Inggeris.

“Kami mengalu-alukan peluang untuk berbincang dengan Liga Perdana Inggeris hari ini dan kami gembira untuk meneruskan perbincangan.”

Tetapi PFA bertegas ia adalah terlalu mudah untuk mengkritik pemain elit untuk tidak bersetuju dengan pemotongan gaji. – AFP