Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    ‘Tindakan menerima sumbangan seperti permainkan undang-undang’

    SHAH ALAM, 6 SEPT – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri, tidak boleh menerima sumbangan wang atau barangan berharga mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

    Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada. 

    “Beliau seorang penjawat awam, lihat beliau sebagai penjawat awam, lihat beliau sebagai pegawai badan awam dan jangan lihat sebagai ahli politik.

    “Beliau mungkin ahli politik Yang Arif tetapi pada masa itu, beliau memegang jawatan menteri, gajinya dibayar kerajaan, menggunakan wang pembayar cukai. Beliau dibayar untuk berkhidmat kepada orang ramai,” kata Raja Rozela dalam hujahannya di akhir kes pendakwaan. 

    Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan penjawat awam menerima apa-apa benda yang berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu. – Bernama

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi pendengaran hujah kes rasuah berkaitan VLN, kelmarin.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...