Tindakan pemimpin Katolik cetus kemarahan

YANGON, 24 DIS – Pemimpin tertinggi Katolik Myanmar telah mencetuskan kemarahan hari ini selepas gambar-gambar menunjukkan dia memotong kek Krismas bersama dengan ketua junta, yang melancarkan tindakan keras terhadap pembantah dan pertelingkahan di kawasan majoriti Kristian.

Pope Charles Bo bertemu ketua junta, Min Aung Hlaing kelmarin untuk mendengar lagu Krismas dan ‘berbincang mengenai hal ehwal keamanan dan kemakmuran,’ menurut laporan akhbar Global New Light of Myanmar.

Bo – yang dilantik sebagai pope secara rasmi oleh Pope Francis pada 2015 – kemudian memuat naik gambar daripada pertemuan tersebut di akaun Twitternya, menunjukkan kedua-duanya tersenyum ketika memotong kek Krismas.

Satu gambar yang diterbitkan oleh media menunjukkan mereka duduk bersama di hadapan pokok Krismas, sementara satu lagi menunjukkan Min Aung Hlaing menyerahkan sumbangan bernilai AS$11,200.

Myanmar yang sedang bergolak sejak tentera menyingkirkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi pada Februari, dengan lebih 1,300 orang terbunuh dalam tindakan keras terhadap pembantah menurut kumpulan pemantau tempatan.

Gerakan antirampasan kuasa berlaku di seluruh negara untuk membantah rampasan junta, dengan beberapa pertempuran berdarah berlaku di kawasan majoriti Kristian. – AFP