Tindakan proaktif KKM berjaya di S’wak

PUTRAJAYA, 13 OGOS – Tindakan proaktif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menjalankan aktiviti kesihatan awam telah berjaya membendung penularan wabak COVID-19 di Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkara ini terbukti apabila tiada pertambahan kes positif bagi 10 kluster di Sarawak dilaporkan dalam tempoh dua minggu, malah, negeri itu telah diklasifikasikan sebagai zon hijau semula.

“Ini menunjukkan tindakan KKM menghantar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Hishamshah Mohd Ibrahim dan (Ketua Bahagian Kawalan Penyakit) Dr Norhayati Rusli ke lapangan dan kami telah mengambil tindakan kesihatan awam yang berjaya membendung jangkitan COVID-19 di negeri Sarawak terutamanya di Kuching.” – Bernama