Tinggal bersama mayat selama 15 tahun

SYDNEY, 20 MEI – Seorang pengumpul warga Australia yang membunuh seorang pencuri telah menyimpan mayatnya selama 15 tahun, menggunakan lebih 70 pewangi udara untuk menyembunyikan bau mayat tersebut, lapor media tempatan hari ini.

Inkues koroner mendengarkan yang lelaki Sydney, Bruce Roberts menembak penceroboh Shane Snellman semasa cubaan rompakan rumah pada 2002 dan menyimpan mayatnya di rumahnya, lapor penyiaran awam ABC.

Selepas Roberts meninggal dunia pada 2017 atas sebab semula jadi, jiran-jirannya memaklumkan perkhidmatan kecemasan yang menemui mayatnya yang rebah pada alat pemanas.

Namun mayat Snellman belum ditemui di bawah longgokan sampah di rumah tersebut sehingga pembersih diupah untuk membersihkan estet itu setahun kemudian. – AFP