Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Tinggal lebih masa: Warga asing dijatuhi hukuman penjara, sebat

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Mahkamah Majistret kelmarin telah menjatuhkan hukuman terhadap sepasang warga Indonesia yang mengaku bersalah tinggal lebih masa di negara ini selepas mengelak daripada pihak berkuasa.

Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Sudarmano, 46 ​​tahun dengan tiga kali sebatan, manakala Purwati, 44, dijatuhkan hukuman penjara setahun dan sebulan.

Pendakwa Imigresen, Adi Yusra Adanan mendedahkan pegawai penguat kuasa imigresen menahan kedua-dua mereka di sebuah kuarters yang disewa di Jalan Pasai, Sengkurong pada 3:25 pagi, 8 Mac ketika menjalankan pemeriksaan rutin.

Kedua-dua mereka gagal mengesahkan keberadaan mereka yang sah di nega-ra ini dan dibawa untuk disoal lanjut.

Didedahkan bahawa pas pekerjaan Sudarmano telah dibatalkan dan sepatutnya dihantar pulang pada 4 Oktober 2022.

Purwati pula didapati telah dikeluarkan dari negara ini pada 11 November 2019 kerana melanggar undang-undang imigresen.

Turut dibongkar bahawa dia telah memasuki Brunei pada 12 Julai 2022 dengan identiti palsu, membolehkan dia menggunakan pasport tanpa dikenali sebagai seseorang yang telah dihalang memasuki negara ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -