Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinggal tanpa kebenaran, lelaki Malaysia dipenjara

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Seorang lelaki warga Malaysia yang ditegah dari memasuki negara ini dijatuhi hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memasuki dan tinggal di negara ini tanpa kebenaran bertulis dari Pengawal imigresen.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Awangku Aziman bin Awangku Sulaiman @ Awangku Aziman Teruna, 18, yang mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Dia didakwa oleh Pegawai Pendakwa Imigresen, Adi Yusra bin Haji Adanan mengikut Seksyen 36 Akta Imigresen, Penggal 17 yang memperuntukkan penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi daripada tiga tahun, dan denda $6,000.

    Awangku Aziman diberkas di sebuah rumah di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Rimba pada 11 Mac 2017 oleh penguatkuasa imigresen yang bertindak setelah menerima maklumat dari orang ramai. Siasatan imigresen mendedahkan tertuduh disenaraikan sebagai ‘pendatang yang dilarang’ sejak 1 Ogos 2016 dan dikeluarkan secara rasmi dari negara ini pada 31 Oktober 2016.

    Tertuduh mengaku memasuki negara ini dari Limbang tanpa melalui pemeriksaan imigresen pada 23 Februari 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda