Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Tinggalkan nombor untuk dihubungi

    Isu menghalang kenderaan lain atau lebih dikenali double park bukanlah satu isu yang baharu untuk diperkatakan.

    Perkara ini sering terjadi di mana-mana sahaja, tidak kira di kawasan sekolah, premis perniagaan, tempat letak kereta dan sebagainya. Apa yang dapat dikatakan, mereka yang melakukan double park ini bertujuan untuk mendapatkan tempat yang lebih dekat dengan tempat yang hendak dituju atau berhenti buat seketika.

    Perbuatan sebegini setentunya satu perbuatan yang salah, lebih-lebih lagi bila menghalang kenderaan orang lain dalam waktu yang agak lama.

    Baru-baru ini, saya menjumpai salah sebuah kenderaan dihalang oleh pemandu lain di sebuah premis perniagaan di negara ini. Menurut pemandu yang dihalang kenderaannya, beliau sudah menunggu hampir sejam bagi pemilik kereta mengalihkannya.

    Jelasnya, pengumuman sudah dibuat namun pemilik kenderaan tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka yang menghalang kenderaan orang lain perlu meninggalkan nombor telefon bagi memudahkan untuk dihubungi.

    Kita sepatutnya bertimbang rasa dengan pemandu lain dan jangan terlalu mementingkan diri sendiri.

    Redza

    Menurut penulis, orang yang menghalang kenderaan orang lain perlu menyediakan nombor untuk dihubungi bagi memudahkan mengalihkan kereta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...